Kelas wix.com dan Permainan Kuiz Advokasi

16 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

15 Julai 2020 – Bermula jam 2.30 petang, seramai 3 orang peserta telah hadir untuk belajar cara membuat website dengan menggunakan wix.com. Kelas ini secara tidak lansung dapat membantu peserta untuk lebih mahir dalam penggunaan komputer, internet dan mencari opensource yang berguna dan mudah. Platform wix.com memberi peluang kepada pengguna untuk mencipta, mereka, mengurus website mengikut kemahuan mereka sendiri.

Sebelum kelas tamat, tenaga pengajar iaitu Puan Norhapidah Mokhtar turut mengajak peserta bermain permainan kuiz online berteraskan soalan-soalan bercorak advokasi. Kelas selam 2 jam ini tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali